Friday, September 5, 2008

PENDAPAT GRIGRI @ I'D


Perbezaan pendapat sering berlaku diantara manusia. Pendapat juga menunjukkan kredibiliti sesorang itu. Pendapat yang bernas sering digunakan dan juga mereka sering menjadi bahan rujukan. Perbezaan kadang kala membawa pertelingkahan diantara keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja. Yang penting kita mestilah selalu berkongsi ilmu walaupun kita hanya ada sedikit tetapi mungkin amat berguna dan bermakna jika dikongsi. Jadi saya sebagai pekerja kepada ALLSPORTS EQUIPMENT pengedar sah barangan untuk mendakai jenama PETZL ingin berkongsi dan meminta pendapat anda.

Minggu lepas saya menerima 1 panggilan dtg nya dari "seseorang" di sabah yang sedang menjalankan kursus Teknikal Tali Tinggi anjuran sebuah jabatan kerajaan, bertanyakan ttg penggunaan peralatan rope access. " Ianya berkenaan dgn GriGri dan I'd.

Si Polan pertama mengatakan GriGri boleh digunakan untuk 'Decending' kerana sbg 'route setter' beliau mahir benar menggunakan GriGri dalam melaksanakan kerja beliau. Si Polan kedua pula membangkan sekeras-kerasnya dan mengatakan "route setter salah!!" bgnya GriGri hanya boleh digunakan untuk 'Belay' sahaja. Disini bermulalah perselisihan pendapat diantara Si Polan pertama dan Si Polan kedua berkenaan penggunaan GriGri.

Jadi setelah saya merujuk kepada yang lebih pakar dalam bidang ini. Jawapan yang saya perolehi ialah sebelum kita kenal pasti terlebih dahulu yang mana peralatan untuk sukan/rekreasi dan peralatan untuk kerja/industrial works.

Penggunaan GriGri tidak terbatas dalam kegiatan rekreasi. Tetapi haruslah digunakan dgn betul dan tidak membahayakan nyawa serta mempunyai ciri2 keselamatan. Dan GriGri juga digunakan rope access industrial works untuk aid climbing. Jangan lah kita terlampau rigid dalam mentafsir sesuatu yg ingin disamapaikan oleh pengeluar. Memang dalam katalog PETZL menunjukkan gambar GriGri sebagai belay device bersama peralatan mendaki tembok yang lain. Tetapi tidak bermaksud yang GriGri hanya boleh digunakan untuk belay sahaja. UiAA badan yang bertanggungjawab meluluskan peralatan untuk mendaki tembok, dan mereka mengajar 'route setter' mereka menggunakan peralatan yang betul.

Tidak salah peralatan untuk rekreasi dan industrial works digunakan secara bersama yang penting adalah keselamatan haruslah sentiasa diutamakan. Tetapi berbeza peralatan untuk rope access , jgn sesekali diubah kerana penggunaannya telah di standard kn oleh Industrial Rope Access Trade Association (IRATA). Rope Accesser mempunyai sijil bg membolehkn mereka bekerja dgn mana2 contractor. Dan sesungguhnya gaji mereka amat lumayan.

Kepada yang berminat, laburkan sedikit wang anda untuk menjalani kursus IRATA level 1 bg yang berminat dan bercita-cita untuk bergaji besar. Saya xboleh..saya gayat..huhuhu..

4 comments:

sname said...

abg oz om

Rindu Alam Indah said...

eh ko ni bear..nk pasing2 kt org plak..adik die(OZ)sendiri nk tetepot kt aku..chait..

teamtact said...

salam rekreasi....

aku setuju.... sebagai pengerak dan pengiat rekreasi kita mesti paham benar bahawa kreativiti itu penting..... selagi ia tidak menambah risiko dan selagi tidak mengabaikan safety....apa salahnya...

takan kita nak guna huit utk turun dari tempat yang sgt tinggi... jadi apasalahnya jika kita guna kan grigri atau i'd..... saya nampak similarity yang banyak dengan system grigri dan system stoper... so bagi saya... takda masalah...janji kita pasti tentang apa yang kita buat.

Rindu Alam Indah said...

btl 2 teamtact..bg sy mereka yg tidak sependapat ni harus mengatur 1 mesyuarat atau pun forum bg meleraikan kekeliruan serta menyelarasnya agar tidak lg ada kekeliruan akan berlaku..