Friday, September 12, 2008

KOTA SINGA

Singapura..sebuah negara jiran yang pernah manjadi negeri tanah melayu suatu ketika dahulu..singapura telah mendapat nama ilham dari Parameswara susulan kejadian alam yang dilihatnya..dantidak lupa juga ada sejarah melayu menceritakan tentang kisah 'Singapura dilanda todak'..akibat dari ketamakkan dan hasat dengki, seorang pembesar melayu sanggup dan kebodohan raja melayu..kanak2 pintar yang telah menyelamatkan sigapura dari serangan todak mati dilemaskan bangsanya sendiri..kini singapura terus membangun sbg negara maju yang dipimpin oleh bangsa asing..adakah negara kita Malaysia akan menerima nasib yang sama?! Sama2lah kita perjuangkan agar kita tidak mengalami nasib sedemikian rupa..

Esok pada jam 10 pagi saya akan berangkat ke Singapura atas urusan kerja..ALLSPORTS EQUIPMENT di Singapura menjemput saya dan seorang lagi staff untuk hadir sama manjayakan Exibition Occupational Safety & Health anjuran NIOSH Singapura.. Saya akan berada di sana selama 1 mggu dan kembali ke tanah air pada Ahad mggu hdpn..

Saya rasa beruntung apabila dipilih untuk dihantar ke sana kerana byk yang saya dpt pelajari selain dari dpt makan angin free bulan2 pose ni..(xbtl pose kn mkn angin..huhu..) Segala perbelanjaan saya ke sana ditanggung dari Passport ke perbelanjaan harian, penginapan dan juga latihan..terima kasih ALLSPORTS EQUIPMENT especially to Mr. Antony, Mr. Joey and bro. Sulhan Ahmad.

Sepanjang tempoh saya di sana..Sulhan Ahmad (pakar teknikal keselamatan aras tinggi) telah merancang latihan2 untuk kami bawa ke Kuala Lumpur sbg bekalan untuk pasaran di sini..jadi kepada kawan2 doakan keselamatan saya sepanjang berada di sana semoga saya mendapat ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama..INSYAALLAH

UPTOWN Danau Kota (situasi 2)

Bulan puasa ni ramai sungguh org berjalan2 di Danau Kota sbg persediaan menghadapi hari raya..xkurang juga anak2 muda berramai2 dtg dgn motorsikal mereka untuk melepak..siang mgkn xlarat nk lepak or berjalan2..jd dgn ada nya uptown dapat la mereka berkumpul..

Saya berjalan2 disekitar uptown..waktu masih awal..kebanyakan kedai baru selesai menyusun brg2 jualan mereka..setibanya dihadapan tempat karaoke saya terpandang kearah LCD milik tempat karaoke tersebut..ia menarik perhatian di mana klip ceramah dari Uztaz Akil Hayy mangenai kelebihan bersedekah di bulan Sya'ban @ Ramadhan(kurang pasti) tetapi bkn lah ceramah politik..Pada saya sesuai sgt la empunya tempat karaoke 2 pasang klip mcm 2..so sambil org membeli belah..dpt juga la mendenga ceramah ilmiah serta menambah pahala dibulan Ramadhan..

Ketika sdg asyik mendengar ceramah berkenaan tiba2 terdengar suara jeritan "pasang lagu..pasang lagu skrg..ni bkn masjid ko nk pasang2 ceramah..nk dgr ceramah pegi masjid..org dtg sini bkn nk dgr ceramah..aku dah lame sbr dgn ko ni..ari2 ko pasang ceramah..!!"(begitulah lebih kurang ayat nya..) mata saya terarah kepada suara berkenaan..dalam ati ni pon bertanye..kenape org tua ni marah sgt..sdgkn wajah dan gaya tutur kata nampak seperti seorg melayu..tetapi menegah pekerja karaoke tersebut dari terus menayang ceramah ilmiah untuk umat islam akhir zaman ini..kemudian lagu pon dimainkan dek kerana takut dgn kemarahan yang membuak2 lelaki td..

Apa salahnya kita bercuti selama sebulan bagi menghormati bulan Ramadhan bln yang plg mulia dari melakukan perkara2 sebigini..kemudian lelaki yang marah td kelihatan berjalan kearah gerai2 mkn untuk bersama rakan2 nya dari Persatuan yang mengurus tempat tersebut..

Thursday, September 11, 2008

UPTOWN Danau Kota

Tempat popular dikalangan masyarakat skrg. Lokasi membeli belah terbaik bagi golongan kebanyakkan. Pelbagai barangan menarik dijual dari pakaian hinggalah kepada kelengkapan rumah, gerai makanan yang enak2.

Semalam saya ke sana, niat nk berjalan - jalan, melihat-lihat dan mencuci mate kot2 ade yg berkenan di hati bleh la beli kan..setibanya saya di Uptown saya mencari tempat untuk meletak motorsikal saya..memang ramai org semalam..baru seminggu lebih kita berpuase..org dah mula berpusu-pusu menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Aidil Fitri..

Setibanya di perkarangan Uptown saya bercadang nk parking moto di atas divider betul2 tepi jln masuk ke Shell 2..saya tgk Shell dah penuh dgn moto2 pengunjung Uptown..lgpon kt Shell 2 kene bayar..so saya mengambil keputusan parking kt devider tepi jalan 2..tetapi ada jgk seorang lelaki memanggil saya untuk meletakkan motorsikal saya di bawah..dgn menunjukkan arah menggunakan lampu picitnya..katanya tempat yang saya letakkan motorsikal saya itu adalah tempat yang Penguatkuasa DBKL selalu saman..(same je dgn tempat die tunjuk 2..seberang longkang jer)

Saya enggan mengikut ckp nye..Kemudian eteah selesai mengunci motorsikal saya itu(takut jugak..huhu) lelaki tersebut berkata "bang..seringgit bang.." dan saya pon menjawap "kene bayar jgk ker..?" "nk bayar ke nk motor hilang?" kata lelaki tersebut..dan saya pon menghulurkan wang 1ringgit kepadanya dan berlalu pergi bersama kertas biru kecil bertulis tempat parking motor(mcm resit la...)..tetapi dalam hati xsenang..risau kalau motorsikal saya diapa2kan..

Apakah tindakan mereka ini wajar..meminta wang seolah2 samseng meminta wang perlindungan..??? kita fikir2 kn lah..

Saturday, September 6, 2008

ALLSPORTS EQUIPMENTS


Inilah tempat aku bekerja. Bertempat di ONE UTAMA SHOPPING COMPLEX. Tempat beroperasi segala urusan jual beli. Allsports Equipment bermula di Singapura sekitar awal 90an yg dimiliki oleh Joey & Antony Seah. Allsports Equipment adalah pengedar sah brg2 untuk mendaki spt mendaki tembok(wall climbing) atau di indonesia dipanggil aktiviti panjat dinding dan juga peralatan keselamatan ketika bekerja jenama PETZL.

Kini Allsports mempunyai 2 cawangan lain di luar singapura iaitu di Kuala Lumpur, Malaysia dan Jakarta Indonesia. Sudah hampir 9 bln saya bekerja dgn Allsports Equipment. Byk yg saya pelajari disini terutama dari segi teknikal peralatan PETZL. Pengetahuan serba sedikit ini mula saya perolehi ketika belajar di UiTM dahulu sewaktu mengganggotai Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) yang dibimbing oleh En. Hisyam Che Mat @ Bos. Terima kasih bos keran memilih PETZL.

Mujurlah Bos beli peralatan janama PETZL, dapat juga la saya mempelajari serba sedikit tentang brg jenama tersebut. PETZL adalah pelopor di dalam penghasilan peralatan mendaki. Mulanya idea penghasilan peralatan2 ini adalah melaui minat Fernand Petzl kepada aktiviti 'caving' menjurus kepada penghasilan peralatan untuk aktiviti tersebut.

Kemuadian barulah muncul peralatan untuk mendaki terlebih dahulu (mendaki tembok dan mendaki gunung). Dan barulah muncul peralatan untuk kegunaan profesional untuk berkerja dan menyelamat aras tinggi.

Allsports Equipment memberi byk manfaat kepada pekerja2 nye yang 'setia' seperti memberi latihan2 untuk keselamatan aras tinggi dan juga 'Rope Access'. Dan hujung bulan ini, salah seorang staf dari KL bersama2 staf singapura dan indonesia akan berangkat ke France untuk menjalani latihan teknikal peralatan di Petzl University. Beruntungnye dia..walaupun xberminat pegi jela..nk wat camner dah bos arahkan..huhu..

Kini Allsports Equipment bkn sj membawa janama PETZL, tetapi kini sdh bertambah spt ENTREPRISES (wall climbing) BEAL (tali) FIVETEN (wall climbing shoes) FADERS (peralatan mendaki) dan SOMAIN (fix line life line).

Aktiviti mendaki kini sedang berkembang di Malaysia dan diharapkan 1 hari nanti ada rakyat Malaysia yang berjaya mengukir nama sbg jaguh dalam arena mendaki xkiralah samada mendaki tembok ataupon mendaki gunung.

Semoga Malaysia terus sukses..sukses..

Friday, September 5, 2008

PENDAPAT GRIGRI @ I'D


Perbezaan pendapat sering berlaku diantara manusia. Pendapat juga menunjukkan kredibiliti sesorang itu. Pendapat yang bernas sering digunakan dan juga mereka sering menjadi bahan rujukan. Perbezaan kadang kala membawa pertelingkahan diantara keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja. Yang penting kita mestilah selalu berkongsi ilmu walaupun kita hanya ada sedikit tetapi mungkin amat berguna dan bermakna jika dikongsi. Jadi saya sebagai pekerja kepada ALLSPORTS EQUIPMENT pengedar sah barangan untuk mendakai jenama PETZL ingin berkongsi dan meminta pendapat anda.

Minggu lepas saya menerima 1 panggilan dtg nya dari "seseorang" di sabah yang sedang menjalankan kursus Teknikal Tali Tinggi anjuran sebuah jabatan kerajaan, bertanyakan ttg penggunaan peralatan rope access. " Ianya berkenaan dgn GriGri dan I'd.

Si Polan pertama mengatakan GriGri boleh digunakan untuk 'Decending' kerana sbg 'route setter' beliau mahir benar menggunakan GriGri dalam melaksanakan kerja beliau. Si Polan kedua pula membangkan sekeras-kerasnya dan mengatakan "route setter salah!!" bgnya GriGri hanya boleh digunakan untuk 'Belay' sahaja. Disini bermulalah perselisihan pendapat diantara Si Polan pertama dan Si Polan kedua berkenaan penggunaan GriGri.

Jadi setelah saya merujuk kepada yang lebih pakar dalam bidang ini. Jawapan yang saya perolehi ialah sebelum kita kenal pasti terlebih dahulu yang mana peralatan untuk sukan/rekreasi dan peralatan untuk kerja/industrial works.

Penggunaan GriGri tidak terbatas dalam kegiatan rekreasi. Tetapi haruslah digunakan dgn betul dan tidak membahayakan nyawa serta mempunyai ciri2 keselamatan. Dan GriGri juga digunakan rope access industrial works untuk aid climbing. Jangan lah kita terlampau rigid dalam mentafsir sesuatu yg ingin disamapaikan oleh pengeluar. Memang dalam katalog PETZL menunjukkan gambar GriGri sebagai belay device bersama peralatan mendaki tembok yang lain. Tetapi tidak bermaksud yang GriGri hanya boleh digunakan untuk belay sahaja. UiAA badan yang bertanggungjawab meluluskan peralatan untuk mendaki tembok, dan mereka mengajar 'route setter' mereka menggunakan peralatan yang betul.

Tidak salah peralatan untuk rekreasi dan industrial works digunakan secara bersama yang penting adalah keselamatan haruslah sentiasa diutamakan. Tetapi berbeza peralatan untuk rope access , jgn sesekali diubah kerana penggunaannya telah di standard kn oleh Industrial Rope Access Trade Association (IRATA). Rope Accesser mempunyai sijil bg membolehkn mereka bekerja dgn mana2 contractor. Dan sesungguhnya gaji mereka amat lumayan.

Kepada yang berminat, laburkan sedikit wang anda untuk menjalani kursus IRATA level 1 bg yang berminat dan bercita-cita untuk bergaji besar. Saya xboleh..saya gayat..huhuhu..