Thursday, February 26, 2009

Naik Gunung Lagi...!!!

GUNUNG GERAH
Grik, Perak - Kelantan
6,898 kaki/2,300m dari paras laut
7 - 11 Mac 2009
RM250/=

transport (kl pergi blk), ration sepanjang trip, insurance, guide n survenir.


*berminat, sila hubungi saya.

Sunday, February 22, 2009

LAGI HILANG DI GUNUNG

setahun selepas kejadian kehilangan pelajar uitm umaisarah di gunung tahan..kini berlaku lagi kejadian yg same di gunung yongyap berlaku ke atas seorang pendaki lelaki Asan Ayat 29thn dlm perjalanan turun dr puncak gunung tersebut.arini ari ke 7 kehilangan asan dan usaha mencari masih lg dijalankan bg mencari asan ayat.
semalam sy ke lodging gua musang kelantan bagi meninjau perkembangan operasi mencari yg dianggotai beberapa org dari squad penyamun (team pendaki ku) dan sekali gus menghulur sumbangan sedikit kewangan bg meringankan beban pasukan pendaki yg turut serta mencari asan..
bantuan dari radio amatur MARES amat dihargai dlm melicinkan proses mencari dan penyebaran berita2 terkini. tidak lupa juga polis, pga dn jpa.
rakan2 diluar sana harap dpt turut sama2 berdoa agar asan ditemui dlm keadaan selamat.

Tuesday, February 3, 2009

Ke mana??


Air terjun 4 step di Taman Negara Kuala Tahan adalah sebuah kawasan yg kini menjadi misteri kewujudan nye..tempat ini dikatakan begitu indah, cantik, menarik dan air sungguh jernih berbeza dgn air dr sg2 lain..air terjun yg berpunca dr puncak gunung ini dikatakan sdh lebih 6 tahun tidak di kunjungi..balak2 tumbang telah menutup laluan2 yg sedia ada sehinggakan sehingga ke hari ini tiada serorang pon yg berjaya membuka kembali trek ke air terjun tersebut..pelbagai kisah misteri yg saya dengari berkenaan dgn tempat ini..ada penduduk tempatan(guide) mengatakan puncak 4step itulah sebenarnya puncak gunung tahan..dan puncak gunung yg kite kenali sbg puncak gunung tahan sebenarnya adalah puncak teku..wallahhualam...

sesungguhnya seperti yg kite sedia maklum..mane2 hutan ada kisah misteri tersendiri lebih2 lg di gunung tahan..xsiapa tahu akan kebenaran nya..adakah ia mitos semata2 atau kejadian yg benar2 berlaku..dan kini beberapa usaha menjejaki kembali tempat ini menjadi 1 misi untuk mengembalikan atau menambah 1 lg tempat yg menarik boleh dilawati para pelancong..moga2 mereka berjaya dalam misi mereka..InsyaAllah...